Bismillah..
Pengumuman kepada semer yang ade kene mengena dengan Darul Quran.,, InsyaAllah, Majlis Rabi' Tsanawi 2010 bakal menganjurkan MALAM LAMBAIAN NOSTALGIA RABI' TSANAWI pada hari Rabu ,3 hb Februari 2010,bertempat di Dewan Besar Banat.
pelbagai acara menarik bakal dilakukan.antaranya ialah :
  1. Nasyid
  2. Sajak
  3. Iklan
  4. Sketsa
  5. Cabutan Bertuah
  6. Tayangan Video "Kenangan Sepanjang Perjalanan di DQ"
  7. dan banyak lagi la....
Semua pelajar banat mahupun lepasan atau bekas2 pelajar Darul Quran dijemput hadir ke Malam tersebut...Untuk maklumat lanjut boleh dail ke bilik Warden Darul Quran.
dan untuk makluman lagi,pada malam tersebut turut diadakan jualan kecil-kecilan..so korang bawak la duit banyak2..Tapi ingat duit ringgit malaysia jer!!

Read More
Posted by Editor MdarQu on Thursday, January 28, 2010








3hb Januari 2010, Persatuan Pelajar DQ berjaya mengadakan program tahunan iaitu Mingu Orientasi bagi Pelajar baru kemasukan 2010(MPP) .Program tersebut berjalan begitu lancar,walaupun terdapat sedikit masalah,namun ianya hanya 'small matter'..Kemasukan baru pada tahun 2010 menjelang Jubli Perak Darul Quran ini hampir mencecah 200 orang pelajar.
Semoge Adik Generasi 25 akan memjulang kebangkitan Ilmu di Darul Quran.. Allahu Akbar!!!

Read More
Posted by Editor MdarQu on
2 comments
categories: | edit post

Ustazaat di lokasi penamat rentas desa..
iaitu dihadapan rumah ustaz haji Rozman
Gelagat anak ustazah Rabiah Awang..
Ai..duk gelak ke kakak2 berlari tu!

Waa..semangatnye diorang..
Penulis sekadar joging je,,
Almaklum la.berlari pun buat sakit badan,tu pun mustahil menang punyer

Ceewah..Kak ina pun semangat jugak ni..
Jaga checkpoint je ke?jom la berlari same..

huhu..jauh lagi ni dik!lepas laluan ni kene naik bukit plak
Hahhaha..terangkak2 duk kutip checkpoint

Read More
Posted by Editor MdarQu on Tuesday, December 15, 2009


Wah..Bergambar dengan Rakyat Yaman.
Kalau xSilap..yang bercermin mata tu Ustaz Sabri?
Huhuhu..bergaye jugak.

Lawatan Mengenal bumi al-Iman.
Ustaz Rozman terus berlagak sbg Ustaz Macho..
Hehehe..

Kelihatan Pelajar2 baru dari Darul Quran.
Yg baju kelabu tu Ustaz.mat Saril.

NI adalah Ka'abah yang direka oleh Abrahah.
Sekarang,dah jadi mcm tempat pembuangan sampah oleh Rakyat Yaman.
Sebagai penghinaan mereka terhadap kaabah rekaan Abrahah.

5 SEP 2009

SANAA,YAMAN, Rombongan DQ ke bumi Anbiya' (Republik Islamik Yaman) telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa kira-kira jam 3.30 petang (waktu tempatan) pada 5 Sep 2009 (Sabtu) lalu. Menurut sumber berita, semasa keluar dari balai ketibaan, kesemua mereka selamat dan disambut oleh pihak Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) dan ex pelajar DQ yang masih menuntut di Yaman.

Sebagai makluman kembali, rombongan DQ tersebut merupakan 14 orang pelajar Banin DQ yang akan mendaftar diri sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda (BA) dalam pengkhususan pengajian pendidikan Islam di Universiti Sains dan Teknologi Yaman dan Universiti Al-iman.

  • Pengajian di University Sains dan Teknologi -4 Tahun.
  • Pengajian di University Al-Iman(Bawah Syeikh Majid AzZindani) - 7 Tahun.

Turut serta dalam rombongan tersebut 3 orang asatizah DQ -Us. Hj. Mohd Rozman(HEP-MDQ, Us. Hj. Mat Saril dan Cikgu Mohd Sabri. Bersamalah kita berdoa kalian semua mendapat rahmat dari Ilahi serta dipermudahkan segala urusan di sana, amin. -admin http://mdarulquran.net.my


Read More
Posted by Editor MdarQu on Thursday, October 29, 2009

Bulan 7 baru-baru ini , Pihak penyelia adik-adik tamhidi iaitu diantara mereka ialah Ustaz Mat syaril telah menganjurkan sebuah rehlah ke Taman Pertanian Sekayu bagi Adik-adik Tamhidi.

Kelas tamhidi telah mula ditubuhkan pada tahun 2009.Kelas ini adalah merupakan kelas Pra -I'dadie yang mana hanya mengajarkan 4 maddah shj.iaitu Al-quran,Bahasa Arab,Fardhu Ain dan Tajwid..(Kalau xsilap laa)..Tenaga Pengajarnya pun hanya 4 Orang iaitu Ustaz Al-anas Abdullah,Ustazah Masyitah,Ustazah Hajar Hijriah dan Ustazah Tuan Syarifah Faridah.

Penubuhan kelas Tamhidi adalah disebabkan terdapat pelajar2 dq yang masih merangkak dalam membaca Al-quran,fardhu ain serta bahasa arab.

Kembali kpd tajuk, Rombongan rehlah mula bergerak menuju ke Taman Pertanian Sekayu pada jam 8.30 pagi dgn menggunakan Sebuah Bas (Banin banat) dan sebuah van.Beberapa orang ustaz turut menjadi guru pengiring iaitu Ustaz Mat syaril,ustaz Razman,dan Ustaz Mat Rani.

Setiba rombongan ke sana,mereka diberi sarapan pagi bermakanankan nasi lemak tea 0'.Pahtu diorang pakat terjun ke kolam....Tergambar keceriaan dan kegembiraan di wajah adik-adik. Perjuangan mereka di Darul Quran masih panjang..mrk akan tetap di DQ selama 8 Tahun kalau diorang istiqomah laa..

Tidak puas mandi di Kolam,adik2 turut diajak mandi di Sungai yang sejuk dan berpacat..hahhah.

Ketika di Sungai mereka telah disajikan dengan sedikit tazkirah oleh ustaz Mat syaril dan Ustaz Razman.Antara pesan ustaz Razman ialah "What you get is What You See".Kemudian adik-adik menunaikan solat zohor di sebuah pondok atas bukit.

Kemudian Mereka disajikan makanan tengahari yang diimport oleh ustaz Rozi dan K.rodhi bermenukan ayam pedas dan nasi putih...dah Penat2 mandi mestilaa lapar kan..Turut menjadi makanan ringan ialah buah-buahan duku,manggis..

Selepas tu adik-adik kembali terjun ke kolam..dan kali ni,ada slot permainan yang dihandle oleh ustazah Hajar yg turut same dijatuhkan ke kolam dgn pujuk rayu adik-adik. Al-maklum laa dah bertitlle ustazah..malu la sket nk terjun kolam...Maka alkisahnya berkejaran la ustazah dan anak murid dlm kolam..

Sementara tu Ajk banin yang turut diajak sama ke rehlah ini dikehendaki membakar ayam untuk adik-adik..Ustaz Mat telah mengarahkan 2 org pengawas banin banat sbg Ajk program. Yang pengawas banat ,ketua pengawas dan setiusaha.diorang berdua ni ditugaskn untuk menjaga keselamatan adik2 dr sebarang kecederaan dan binatang2 buas mcm pacat...hahhaa

Selepas menjamu ayam Bakar,,ade adik2 yg terjun semula ke kolam,,ada yg bersiap2 untuk solat asar terus...Apepun program berakhir slps solat asar..

Harapan pihak editor agar adik-adik Tamhidi lebih tabah dlm menghadapi liku2 hidup mereka di Darul Quran.mcm2 dugaan ada kat sini.So..hati2 memilih kawan dan jgn terjebak dgn gejala2 yang tidak elok.








Read More
Posted by Editor MdarQu on Saturday, September 5, 2009

16 Ogos 2009- Demikianlah sambutan Idul Ilmi yang berlangsung selama 2 hari pada kali ini. Cukup meriah dengan pelbagai pembaharuan seperti Warna dewan yang telah dicat dengan color kuning.Manakala tikor getah diganti dengan karpet biru yang senantiasa disembur2 Febreze.

Acara pertama yang dianjurkan ialah Majlis Jamuan sambil menderma bagi mengisi tabung Ihtifal Idul Ilmi yang juga turut disalurkan bagi pelajar robe' yang akan menyambung pelajaran mereka nanti.

Turut diselitkan sebagai penyeri Ihtifal adalah Pondok pameran yang menempatkan maklumat2 mengenai Maahad Darul Quran , serta hasil3 karya pelajar antaranya ialah , replika landskap , replika masjid , Wau bulan , Seni Khat, Potret , kraftangan dan sebagainya.Sape yg datang melihat tahu laa.

Pada Jumaat malam, pihak MDQ telah menganjurkan malam kesenian Islam dengan menampilkan beberapa artis yang femous kat Terengganu dan Kuala Lumpur.Antarnya ialah Kumpulan nasyid As-saufee , kumpulan nasyid Iq-One , Adik Sadiratul Husna yang mempersembahkan suara-suara merdu masing2.

Turut diadakan ialah persembahan Silat Gayong dan Tomoi dari Kelab Waja MDQ bawah seliaan Ustaz Zakari.

Acara kemuncaknya adalah pada hari sabtu iaitu majlis pembahagian sijil yang bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 5.00 petang.

6 MUMTAZAH SYAHADAH TSANAWIAH 2009

  1. Masyitah Abdul Majid dengan 95.**% (Rekod Baru)

  2. Nurul Aisyah Yahya dengan 89.**%

  3. Karimah Mohamad dengan 88.**%

  4. Nurul Hafizah Syaari 87.**%

  5. Hajar Azemi dengan 86.**%

  6. Aisyah Syafie dengan 85.15%
(result ni seingat2 je..klu salah kabo)

Read More
Posted by Editor MdarQu on Saturday, August 22, 2009







30 Julai hingga 1 Ogos 2009- Kombinasi PPDQ tsanawi tiga banin wal banat telah menjayakan sebuah program yang dianggap program tahunan semenjak tahun 2005 lagi iaitu "Akademi Kepimpinan Pelajar".

AkP Musim ke-5 fasa pertama ini telah dilangsungkan di perkarangan Maahad Darul Quran. Kira2 85 lebih peserta banin dan banat yang menyertai program ini.Program yang diadakan selama 3 hari 2 malam kali ini begitu mendapat sambutan berbanding tahun2 yang sebelumnya.Sebelum ini,ada2 sahaja adik2 peserta yang tembor program tapi kali ni dengar2 2 orang sahaja yg gugur dari akademi ini, akan tetapi 2org ni telah insaf dan masuk balik program akp.macam2....

Bertemakan "Menjana Ilmu Menggarap Kepimpinan" , para peserta didedahkan dengan ilmu-ilmu kepimpinan sebagai persediaan untuk menjadi seorang pendaie kelak..Mereka dididik untuk berani tampil ke hadapan serta membicarakan apa yang ada dalam pengetahuan mereka.

Turut diselitkan slot-slot yang mencabar serta menguji kesabaran dan keimanan. Seperti slot kene marah , kene lesek tepung+air+perisa jagung kat muka..hahha..kene ragging habisa-habisan dan sebagainya lagi la yang dikatakan menguji..

Akhirnya,pihak editor mengharapkan impak yang terbaik dari adik2 peserta agar dapat mengadaptasikan ilmu2 tersebut ke dalam diri-diri mereka supaya mereka inilah yang bakal menerajui tampuk kepimpinan kelak.InsyaAllah..




p/s: gambor banat je ade,,sori dess!

Read More
Posted by Editor MdarQu on Friday, August 21, 2009

Assalamualaikum Wbt..

Kelmarin,ana dan beberapa rakan dikalangan pelajar tsanawi 3 pergi menziarahi ayah Su a.k.a ustaz Nu'man Hj.Awang.Beliau merupakan salah seorang daripada tenaga pelajar di Maahad Darul Quran.

Lebih sebulan juga ayah su menderita penyakit kencing manis.Namun alhamdulillah, kesihataan ayah Su semakin baik.Penyakit kencing manis semakin kurang.Mungkin dalam minggu depan Ayah Su akan kembali mengajar di MDQ sebagai guru Bahasa Melayu.

Jadi,sama-sama kita doakan kesihatan ayah Su dan asatizah dan ustazat yang lain.

"Bagi setiap penyakit itu ada ubatnya melainkan mati"

Read More
Posted by Editor MdarQu on Thursday, August 6, 2009

26 Julai 2009-Badan Disipilin Maahad Darul Quran telah menganjurkan satu program khusus buat pelajar-pelajar istimewa.Program tersebut telah diadakan di Taman Pertanian Sekayu.Kem ini diadakan selama 2 hari 1 malam.

Sasarannya adalah pelajar yang mempunyai rekod disiplin dan yang terpilih antara mereka hanyalah 40 dari banin dan 41 dari banat.Perjalanan ke Tapak program bermula sebaik sahaja solat zohor di MDQ.

Program ini dipimpin oleh beberapa orang guru yang merupakan guru disiplin antaranya ialah ustaz Mat saril,Ustaz Razman, Ustaz Mat Rani, Ustazah Hajar,Ustazah Akmal, ustazah Tuan Syarifah Faridah.

Pihak penganjur turut menjemput beberapa orang fasilitator daripada Kolej Universiti Darul Quran Islamiah (KUDQI).Manakala Ajk program dikutip dari kalangan ppdq dan pengawas.
Program diisi dengan kuliah sebagai tazkirah nafsi,slot riadhah sebagai pengukuh ukhuwah diakalangan peserta.Slot jungle racking turut diisi bagi menguji ketahanan fizikal peserta. Malam kesenian pun ada.

Pihak editor mengharapkan kepada para peserta agar dapat menerapkan segala ilmu-ilmu baik yang diperolehi daripada Kem tersebut.Dan bertukar menjadi seorang pelajar yang soleh bila pulang ke sekolah.

Read More
Posted by Editor MdarQu on Saturday, July 25, 2009





26 Julai 2009- Majlis Tertinggi Robe' menganjurkan sebuah majlis jamuan perpisahan. Berikutan tamatnya pembelajaran mereka selama 7 tahun di Darul Quran ini,mereka merancang sebuah jamuan sebagai penghargaan mereka kepada Para astizah dan ustazaat serta kakitangan sekolah.

Majlis Zikraayat Abadiyat ini berlangsung pada jam 10.00 pagi dan selesai pada jam 12.00 tengahari.Namun,pada tahun ini jamuan tidak lagi akan diadakan didalam dewan besar banat bagi mengelakkan insiden2 yang tidak diingini berlaku oleh itu jamuan dibuat di tepi dewan iaitu kelas adik2 i'dadi 1 banin.
Pelbagai juadah yang disediakan,diantaranya ikan bakar,daging2(xtahu name pe jenis masakannya) beserta pemanis mulut seperti kek,bebola,dan banyak lagi.Penulis turut menghadiri majlis ini diatas nama jemputan exco dewan pengawas,tetapi lupa nak tulis berkenaan artikel ni.So banyak yang terlupa.Harap maaf.

Read More
Posted by Editor MdarQu on

Menjelang 1 Julai 2009 baru-baru ini,Pelajar Tsanawi Empat mula bersiap-siaga dengan segala kekuatan akal dan tangan bagi memulakan langkah yang paling getir bagi mereka sepanjang 7 tahun mereka di Darul Quran ini iaitu "Peperiksaan Sijil Shahadah Tsanawiah".

Sebelum ini pelajar Tsanawi Empat telah pun berjaya menduduki Peperiksaan Percubaan. Berdasarkan penilaian daripada Trial Exam Robe' Tsanawi tersebut, dilihat banyak persaingan dikalangan pelajar robe' yang masing-masing merebut status 'Mumtazah'.Bagaimanapun natijah peperiksaan Percubaan tidak bermakna yang terkedepan terus terkedepan tanpa dipintas oleh pelajar yang terkebelakang dalam Trial Exam tersebut.

Signal persaingan yang dinyalakan cukup hebat.Selama ini kedudukan No.1 yang diduduki oleh ukhti Masyitah Abdul Majid tidak pernah dijejas oleh pelajar robe' lain,namun shahadah kali ini mencetuskan persoalan kedudukan N0.1 setelah melihat kepada usaha yang dimainkan oleh pelajar robe'.
Tambahan lagi,tiap-tiap malam pelajar-pelajar robe' mendirikan solat hajat mendoakan kejayaan mereka.Solat Jemaah bersama adik-adik juga tidak dilupakan sekalipun dihimpit masa.

dan hari ini,20 Julai 2009, Kemerdekaan sebenar telah menyorak riang di hati mereka.Madah akhlak diletak sebagai madah terakhir agar seme pelajar robe' berakhlak mulia belake(kata ustaz laa).Harap-harap gitulaa...Allahu Akbar!

Akhirnya Sidang Editor mendoakan kejayaan kakak-kakak serta abang-abang robe' tsanawi.

Read More
Posted by Editor MdarQu on Tuesday, July 21, 2009



21 Julai 2009-Pihak Maahad telah menganjurkan sebuah ceramah bersempena kisah Isra' dan Mi'raj.Ceramah anjuran sekolah ini diadakan di Dewan Besar Banat.Majlis dimulakan pada jam 10.00 malam dan berakhir jam 11.45 malam.

Penceramahnya adalah,Al-fadhil Ustaz Azhar idrus, seorang pendakwah bebas.Kehadirannya ke majlis ini begitu meransang minat para pelajar untuk memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada ucapannya..

Sebelum majlis berakhir,para pelajar diberi peluang untuk mengajukan persoalan kepada al-fadhil ustaz.Oleh kerana hampir 10 soalan yang terpaksa dijawab,majlis tersebut berakhir lewat daripada perancangan program.





Read More
Posted by Editor MdarQu on


Sembang-sembang


ShoutMix chat widget

Harakah Online

Hadits Shahih Al Bukhari 2

Inteam-Redha

Rakan MdarQu